Monument Park.
Posted by zatie in Uncategorized on October 24th, 2008 | No Comments »
















Kalau gi Terengganu, singgahla edutainment park ni..
bayar RM 10 saje..memang tak rugi la pergi sini
walaupon taman ni aku rasa tak siap lagi sepenuhnya, tapi puas hati lah.
kagum tengok 21 monument yang ada kat taman nih. Cantik²..
macam betul wo! Tak percaya..pergi laa tengok..
har har!
Nak pergi tu bawak² la payung yer..boleh tahan la panasnye..huhu
ada beberapa monument yang aku terlepas pandang..
ish sayang sekali! Bila tengok peta, ada yang aku tertinggal rupanya
Kudus Minar, ngan Agadez..wuwuwu..
Salam Eidulfitr.
Posted by zatie in Uncategorized on September 28th, 2008 | No Comments »
Selamat hari raya aidilfitri!
mohon maaf di atas segala kesilapan, mungkin aku ni
ada sakitkan hati orang ke, ter-kasar bahasa,
ter-buat orang menangis, ter-kecikkan hati orang,
ter-gurau melampau, ter-kutuk,
ter-marah, ter-membebel..
huhu..maaf ye..sesungguhnya yang baik datang dari Allah
dan yg kurang tu is from my weaknesses.
(nih kad raya tahun lepas, recycle saje.. gugugu)
ikhlas,
Cik Zati.
Penat.
Posted by zatie in Uncategorized on September 28th, 2008 | No Comments »

Hari yang memenatkan!
Kelmarin, dari pukul 10 malam, aku ngan kawan aku sorang nih buat assignment,
pukul 1 petang esoknya baru ler siap!
Tidur plak 15 minit je ( tu pon minta
izin kawan nak stop kejap. Sebab dah taip bukan² kat keyboard. Ngantuk nye pasal).
pastuh, sambung balik buat kerja..
Bagi aku, nak siapkan assignment interactive multimedia nih,
dugaan sekali ler. Macam² perkara
berlaku. Kena fikir idea, design interface..
bila interface kurang sesuai, kena buat lain, masalah dengan
Director..tak cukup dengan itu, masalah dengan
ahli kumpulan lagi..aih!
Tapi aku ngan kawan aku ni, tetap redha..awuu..
Dalam 2 minggu lepas, kitorang korbankan masa tidur,
masa mandi (tak mandi la maksudnye!haha),
dan masa makan hanya nak siapkan application ni jer.
sangat kusutlah keadaan kitorang masa tuh!huhu.
Tapi Alhamdulillah, semua dah selesai..cuma tinggal report je..
ada sikit tak complete. Mujur lecturer baik, dia bagi
hantar report sebelum final exam lepas raya ni..
kepada kawan aku, Nor aka Dayat..terima kasih banyak²
sebab ada ngan aku waktu susah dan senang
sepanjang nak siapkan assignment nih =D
Geng Kinabalu.
Posted by zatie in Uncategorized on September 28th, 2008 | No Comments »















Semalam geng Kinabalu buat buka puasa kat Flaming
steamboat buffet, Sunway.
Rancang punye rancang, akhirnya menjadi gak.
dengan harga rm20 seorang, kitorang balun semua makanan yang ada kt sana.huhu.
Sebab boleh ambik banyak², last skali banyaklah makanan yang tak abis
ish ish..rasa macam nak bungkus bawak balik pon ada.awuu!!
Lama dah tak jumpa budak² nih..masing² ada yang dah kerja,
ada yang tengah praktikal, ada yang dah kahwin. Mana yang tinggal dalam kampus
pon kadang susah nak jumpa. Sekali-sekala makan ramai²
camni pon meriah gak. Tengah makan pon boleh sembang² pasal kinabalu dulu tu yer.
haihh..rindu la pulak kat gunung tuh.
Anak yatim Kasih Bestari.
Posted by zatie in Uncategorized on September 28th, 2008 | No Comments »





















Ahad baru² ni aku, Lei, Adry, Wan Nasz & Ana gi shoot gambar sambil beramal
di rumah anak yatim Kasih Bestari kat Shah Alam.
Ni pertama kali lah aku lawat rumah anak yatim.
masa tuh orang terlalu ramai dalam rumah, jadi kitorang
duduk kat luar saje. Tiba², aku dengar anak² yatim ni bernasyid. Aku pon lekasla
capai kamera..tengah² shoot tu, aku dah mula tersentuh..lirik lagu yang
diorang nyanyikan sungguh menghibakan aku. Sampai terketar²
jugalah tangan ni pegang kamera masa tu. aih!
Makcik² ngan kakak² yang datang masa tu ramai gak la yg menangis..
lagi bertambah sedihla kan aku kat situ..mujur tak menangis sama.awuuuuu T - T
Sungguh tabah anak² yatim ini..tengok diorang senyum, tengok diorang main²,
siapa laa yang tahu perasaan diorang ni..aku tak dapat bayangkan,
kalaulah aku yang ada kat tempat diorang sekarang ni..hidup tanpa
emak dan ayah. Sukar sungguh..aih! dalam kepala masa tu teringat
mak aku jer kat rumah. Camne la keadaan bila takde mak abah
aku satu hari nanti.hmm..
Buka Puasa.
Posted by zatie in Uncategorized on September 28th, 2008 | No Comments »







Credit to:Apis
buka puasa & meeting kat rumah Lei la pulak
masa buka puasa makan..masa meeting pon makan..
aku suka anak lei..syirah comel..syirah comel!
terima kasih lei..jamu kami makan =D













Makan lagi!baru² ni BP buat buka puasa kat..
er mana ntah..mana aaa??aku x igt tempatnye..tapi kt sebelah tesco shah alam lah!
senang cerita..gagaga! lama daa x jumpa dorang2 nih..
buat buka pose camnie mmg best le..dapat kumpul ramai²
bukan senang woo nak jumpa skali ramai² camnie..kan?..kan?
..sume ok..cuma yg tak ok, aku tak dapat rasa kesemua makanan yg
ada!aihh!gugugugu!kalau tutup lewat sikit pukul 1 pagi ke..
boleh gak abiskan apa² yg patut! haha
yang aku ingat perjalanan hari tu, mula dari
Cyber ke subang jaya..subang jaya ke asia jaya..
asia jaya ke shah alam..pastu dari shah alam ke gombak..
pas ke gombak, balik ke subang pulak!huhuhu..
nak makan ngan korang nye pasal, sanggup berkorban beb!
gegege =D
Ramadhan.
Posted by zatie in Uncategorized on September 8th, 2008 | 1 Comment »
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
Duhai Ilahi..
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu
semoga mewarnai kehidupan kami di sana nanti
namun takkan ada manusia yang mengetahui
apakah Ramadhan ini yang terakhir kali
yang mampu bagi seorang hamba itu
hanyalah berusaha dan bersedia..
..orang lain puasa turun berat badan, yang aku ni puasa, berat badan tak turun-turun. Salah penimbang ke?aih!haha.Hari nie aku berbuka ala kadar. Kalau hari puasa sebelum nie sekali makan je harga nak sampai 10 ringgit (sbb makanan mahal), hari nie rm 5 sahaja!Alhamdulillah..=D Boleh tahan juga harga makan kat MMU nih. Kawan sebilik aku kena lagi la mahal! Dia amik apa je..nasi putih, ikan dgn sayur..6 ringgit oke! 6 ringgit! haha! Punyalah mahal! (Bagi aku mahal laa..tak tahu la bagi orang lain murah..ataupon ‘biaselaa tuhhh’..) Sebut pasal harga makanan nie..teringat terus kat bazar di ss 18 Subang Jaya (woops!). Aku bukan nak merungut..cuma nak membebel saje(hwhauahwe). Tak tahu lah nak cakap macam mana dengan harga yg dorang dah tetapkan. Bukan main mahal! Ikan goreng seekor dah rm3, itu baru ikan, tak sebut lagi harga untuk lauk-lauk yang lain(malas nak sebut pon, sebab majoriti sangat mahal ok!). Kesian sungguh la pada orang yang tak berduit macam aku ni. Harga lauk mahal satu hal, tengokla pulak kuihnye kan! Kat sana nak dapat kuih punyalah susah(mungkin dah habis jual sebab orang ramai kot). Aku punya laa jalan merata nak cari kuih, tak jumpa-jumpa. Tengah jalan, nampakla ada abang nie jual donat..rasa macam ok lah kalau tak dapat kuih lain, donat pon jadi lerr..abang tu cakap 1 donat 50 sen! DONAT 50 SEN??? Ke memang selama nie donat 50 sen harganya?haha..entahlaa..last2 aku tak beli pon donat tu..bulan ramadhan ni peniaga ambil kesempatan. Kesian aku…


\




















